Artikel

Menyimpan Dan Melabur Emas Demi Masa Hadapan

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Dan Melabur Dengan Emas !!!

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!!
2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
Senang saja, sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.
3. Aset yang terunggul.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
4. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera. 

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera ” (Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua. Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana emas merupakan lambang kekayaan, lambang kecantikan, lambang kekuasaan dan lambang kejayaan di akhirat.

Terdapat 3 Kaedah Untuk Menyimpan Emas Pelaburan Anda:-

1. Simpan di rumah.
Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
2. Simpan di Safe Deposit Box (SDB).
Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu ‘fully utilize’ SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
3. Simpan di Ar-Rahnu.
Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

40 Kelebihan Dinar Emas

Pada kali ini saya hendak berkongsi bersama dengan rakan-rakan, 40 kelebihan Dinar Emas. Ini kerana dari hasil daripada pengamatan yang saya telah buat selama berjinak-jinak dalam logam emas ini. Tidak dinafikan masih banyak lagi kelebihan yang ada pada Dinar Emas. Berikut adalah 40 kelebihan Dinar Emas ;
1. Matawang Syariah21. Digunakan sejak 2500 tahun
2. Diungkapkan di dalam
    Al-Quran dan Al-Hadith
22. Mengurangkan masalah sosial
      seperti jenayah
3. Merapatkan jurang antara kaya
    dan miskin
23. Kos Haji semakin menurun
      berbanding dinar
4. Dikenali oleh semua orang24. Sangat bernilai
5. Mempercepatkan pembahagian
    pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan
      hudud
6. Sedikit tapi bernilai26. Pembayaran zakat lebih tepat
7. Menghapuskan risiko pertukaran
    matawang
27. Penggunaan tiada batasan
      masa dan tempat
8. Nilainya stabil28. Tiada inflasi
9. Mudah dicairkan29. Tidak terbakar
10. Lambang kekayaan sebenar30. Tidak berkarat
11. Melindungi kekayaan31. Tiada tarikh luput
12. Tidak boleh dimonopoli32. Warnanya tidak akan pudar
13. Menghapuskan riba33. Tidak boleh dibinasakan
14. Menghapuskan kemiskinan34. Tidak boleh ditiru
15. Menghapuskan spekulasi35. Menyelesaikan krisis ekonomi
16. Nilai yang sebenar36. Tidak boleh dimanipulasi
17. Nilainya bukan hutang37. Tidak perlu jaminan kerajaan
18. Tidak memerlukan ruang yang
      luas untuk menyimpannya
38. Beratnya lebih ringan daripada
      wang kertas yang sama nilai
19. Memberikan keadilan kepada
      masyarakat
39. Matawang 1 dunia pada masa
      hadapan
20. Harga barang tidak akan naik40. Boleh digadaikan

No comments:

Post a Comment